MAKAM TUN TEJA
|
Melaka-Sahibul Hikayat
Makam Hang Tuah
Makam Hang Jebat
|
![]()
Salah satu daripada kesan peninggalan sejarah menarik yang
boleh dilawati oleh pelancong di negeri ini ialah Makam tun Teja.
Ianya terletak dikampung Sempang, Merlimau iaitu kira-kira
26 Kilometer dari Bandar Melaka.
Satu perkara yang menarik mengenai makam Tun Teja ini ialah
kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bendang.
Iaitu kira-kira 50 meter dari jalan raya. Walau bagaimanapun
pengunjung yang ingin melawat makam berkenan pasti tidak
akan menghadapi masalah untuk menziarahi makam tersebut
kerana terdapat "siar kaki" yang dibina disitu
untuk memudahkan pengujung melaluinya.
Dikatakan disekeliling makam tun Teja itu terdapat
beberapa makam lain yang dipercayai makam dayang
serta pengikut Tun Teja yang meninggal dunia
selepas melarikan diri dari Melaka. Namun,
hanya terdapat satu makam sahaja yang dapat dikesan di kawasan
sawah itu kerana bakinya dikatakan sudah tenggelam
atau batu nesannya sudah hilang dan sukar untuk dilihat.
Terdapat andaian mengenai siapakah sebenarnya yang membawa
lari Tun Teja dari Pahang ke MElaka. Misalnya, dalam Hikayat
Hang Tuah, dikatakan Hang Tuah telah berjaya membawa
Tun Teja ke Melaka. Namun menurut catatan Sejarah Melayu,
Hang Nadim yang sebenarnya membawa lari Tun Teja ke MElaka
berdasarkan kepada tahun yang ada pada ketika itu.
Hasil perkongsian hidup Tun Teja bersama Sultan Mahmud Shah,
meeka dikurniakan seorang puteri yang diberi nama
Puteri Amra Dewi dan mereka terpaksa mengundurkan diri dari
Melaka apabila Portugis menyerang Melaka pada 1511.
|