MAKAM HANG JEBAT
|
Melaka-Sahibul Hikayat
Makam Hang Tuah
Makam Hang Jebat
|
![]()
Juara dalam menegakkan keadilan yang mati dalam tragedi.
Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah dalam pertempuran
selama tiga hari riga malam. Beliau mengamuk selepas
cedera ditikam oleh keris Hang Tuah, "Taming Sari". Hang
Jebat dianggap menderhaka oleh Sultan dan Hang Tuah
walaupun demi menuntut bela Hang Tuah yang telah
dihukum bunuh untuk kesalahan yang tidak dilakukannya.
Pertempuran antara Hang Tuah dan Hang Jebat telah meninggalkan
kesan yang amat mendalam dari segi moral dan peradaban
masyarakat Melayu.
Persoalan yang terus diperbincangkan ialah penentangan
Hang Jebat kepada kesultanan Melaka, satu tindakan yang
melampaui zamannya dan kesetiaan Hang Tuah yang tidak
pernah berbelah bagi ke atas sultannya. Kata-kata Hang
Jebat yang menjadi sebutan hingga ke hari ini ialah
"Raja Adil, Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah".
|