KOTA A FAMOSA
|
Melaka-Sahibul Hikayat
Makam Hang Tuah
Makam Hang Jebat
|
Kota yang dibina oleh orang-orang Portugis sewaktu
menakluki Melaka pada tahun 1511. Mercu tanda Melaka
dan mungkin merupakan subjek yang paling banyak
diambil gambar selain daripada Stadhuys.
Kota ini mengalami kerosakan teruk sewaktu penaklukan Belanda
dan seterusnya dimusnahkan oleh British, namun dengan
campurtangan dari Sir Stamford Raffles pada tahun 1808,
sebahagian daripadanya berjaya diselamatkan,
iaitu dinding pintu masuk, A'Famosa yang kekal
hingga ke hari ini.
Keunikan kota ini, telah menjadi salah satu tumpuan
utama oleh pelancong-pelancong dalam dan luar negeri kini.
|